suria

Gaun Nikah Kim Kardashian Bernilai RM6.4 Juta

Kim Kardashian dan Kanye West dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini.

PERKAHWINAN Kim Kardashian dan Kanye West nampaknya bakal berlangsung secara gilang-gemilang tidak lama lagi.

Menurut laporan Showbizspy, gaun Kim sahaja dikatakan bernilai RM6.4 juta rekaan pereka terkenal Sarah Burton dan dia menginginkan gaun jenis V-neck seperti yang digayakan isteri Putera William iaitu Kate Middleton pada pernikahannya sebelum ini.

"Gaun tersebut dianggarkan berharga lebih kurang RM6.4 juta. Tiada siapa yang akan melihat gaun itu sehinggalah pada mahlis pernikahannya nanti.

"Ada tiga gaun yang dihasilkan, namun Kim masih belum memilih gaun yang ingin dipakainya," kata sumber.

Difahamkan, Kim bersama pasangannya Kanye West benar-benar mahu menyaingi perkahwinan diraja Kate dan William pada Aprill 2011 lalu.

Pasangan itu mahu perkahwinan mereka bakal menjadi momen indah yang tidak akan dilupakan oleh semua orang.

Kim Kardashian, Kanye West

Artikel Lain