Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu, Gong dikatakan baru pulang daripada penggambaran filem It’s Ok Its’ Live.
Semasa kemalangan, van yang dinaikinya gagal dikawal sehingga sebuah trak terlanggar dari arah belakang di lebuh raya Yongdong, Yongin.
Menurut pihak agensinya, pelakon itu mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selain calar pada bahagian kepala dan muka.
Pihak agensi masih menunggu perkembangan lanjut mengenai keadaan kesihatan Gong dan berharap dia dapat meneruskan semula penggambaran kerana filem berkenaan dijadualkan berada di pawagam pada Julai depan. – Daily K-pop News