suria

Park Bom (2NE1) Dikatakan Cuba Seludup Dadah

Park Bom didapati pernah cuba membawa masuk dadah dari Amerika Syarikat.

PERKHABARAN yang agak mengejutkan datang dari dunia K-Pop apabila salah seorang anggota kumpulan 2NE1 iaitu Park Bom dikatakan pernah cuba menyeludup dadah ke Korea Selatan.

Menurut laporan Allkpop, Bom menggunakan syarikat kurier Fedex, untuk membawa masuk 82 biji pil afetamin dari Amerika Syarikat pada 12 Oktober 2010.

"Kejadian itu sudah lama berlalu tetapi baru sekarang ia didedahkan. Bom didapati memesan pil tersebut dari Amerika tetapi ia dihantar ke alamat salah seorang saudara Bom.

"Bagaimanapun pihak imigresen mencurigai bungkusan tersebut ketika ia diimbas di lapangan terbang Incheon. Selepas dibuka bungkusan itu, rupa-rupanya ia merupakan bungkusan dadah yang ditujukan kepada Bom," kata sumber.

Perkara tersebut membuatkan Bom terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang namun  mahkamah sering menunda kes tersebut.

Keadaan itu membuatkan orang ramai tidak berpuas hati kerana Bom dilepaskan begitu sahaja sehingga kini.

Par Bom, 2NE1