AKTRES popular Korea Song Hye Gyo dikhabarkan gagal membayar cukai pendapatan kepada kerajaan negara tersebut. Song Hye Gyo melalui agensinya telah pun mengeluarkan kenyataan maaf dan menerangkan punca kegagalan itu. Pelakon Full House ini dilaporkan tidak menjelaskan bayaran cukai pada tahun 2008, 2011 dan 2012. Dalam keterangan yang diberikan, akaun tersebut telah diceroboh dan disalah guna oleh bekas akauntan peribadinya. Pelakon ini telah meminta maaf secara terbuka dalam satu majlis tayangan filem terbaharunya berjudul My Palpitating Live. "Saya minta maaf kerana melakukan perkara yang tidak menyenangkan," ujarnya. Dia turut meminta maaf atas kecuaiannya tidak memeriksa akaun yang telah dipertanggungjawabkan kepada akauntan peribadinya.