suria

Robin Williams Lelong Motosikal Sebelum Meninggal

MENDIANG pelakon Robin Williams sempat mendermakan sebuah motosikal miliknya berserta topi Night at the Museum yang ditandatangani untuk dilelong secara amal.

Motosikal tersebut berjaya dilelong dengan harga RM63,000 dalam satu acara lelongan berkenaan.

Dia melakukan kerja amal itu beberapa minggu sebelum meninggal dunia bagi memberi bantuan kepada dua orang pelajar yang yang tidak berkemampuan membayar yuran pengajian mereka.

Seperti dipetik PageSix, Robin bukan sahaja mendermakan sebuah motosikalnya, malah dia juga pengumpul motorsikal antik.

Dikhabarkan, dia memiliki 100 buah motorsikal yang kebanyakan sudah didermakan kepada beberapa pihak badan amal.
Robin Williams

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain