Menurut laporan Allkpop, Taemin berkata, antara sebab dia mudah menangis apabila melihat peminat-peminatnya yang begitu teruja menyokongnya bersama ahli kumpulan Shinee.
"Memang sampai sekarang saya suka menangis. Hati saya mudah tersentuh dengan macam-macam benda.
"Lebih-lebih lagi saya bertambah emosi apabila bertemu para peminat. Mereka sering memberikan kata-kata positif kepada saya," katanya.
Tambah Taemin, ketulusan mereka membuatkan hatinya berasa bahagia dan bersyukur kerana mempunyai sekumpulan peminat yang menyayanginya.