suria

Pamela Anderson Batal Hasrat Cerai

Pamela dan Rick berbaik semula tidak sampai sebulan mereka memfailkan cerai.

JULAI lalu, Pamela Anderson dan Rick Salomon membuat keputusan mahu bercerai selepas enam bulan berkahwin.

Namun keadaan berubah apabila mereka dikatakan sudah berbaik semula.

Menurut laporan Contact Music, bekas bintang Baywatch itu telah membatalkan fail cerai terhadap suaminya itu pada 21 Ogos lalu.

Terdahulu, pada akhir Julai lalu, mereka dilihat bercuti bersama di kepulauan Malibu, iaitu tidak sampai sebulan selepas Pamela memfailkan cerai.

Pasangan tersebut pernah berkahwin buat kali pertama pada tahun 2007 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua bulan.

Pamela Anderson, Rick Salomon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain