KEMATIAN pelakon Holywood Paul Walker pada November tahun lalu dikatakan menjadi penyebab ibu dan bapanya membuat keputusan bercerai. Seperti dilaporkan Contact Music, ibu artis itu, Cheryl Walker telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Paul Walker III setelah hampir 30 tahun hidup bersama. Ibunya turut menuntut harta sepencarian bersama suaminya itu. Bagaimanapun belum ada sebarang alasan jelas punca sebenar perpisahan tersebut dan kemalangan yang menimpa bintang ini dilihat menjadi salah satu sebab kukuh perpisah berkenaan terjadi. Paul meninggal dunia pada 30 November lalu dalam sebuah kemalangan maut. Mendiang meninggalkan seorang anak perempuan bernama Meadow Walker yang berusia 15 tahun.