PELAKON Kim Woo Bin dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut kirinya semasa sedang menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Twenty. Soompi melaporkan Woo Bin dibawa ke Hospital Universiti Jungbuk di Jeonju dan doktor mengesahkan ligamennya terkoyak manakala tulang rawan pelakon itu retak. Woo Bin bagaimanapun terpaksa ditahan selama beberapa hari di wad bagi mendapatkan rawatan lanjut. Biarpun kecederaannya tidak serius namun ia tetap berbahaya kerana ia mampu mempengaruhi kemampuan seseorang itu berjalan dengan baik," kata wakil syarikat pengurusannya kepada media. Perlu menjalani rawatan fisioterapi, Woo Bin membatalkan beberapa aktivitinya termasuk Festival Filem Jeonju selain penggambaran Twenty ditangguhkan buat sementara waktu.