Seperti dipetik Digital Spy, Joni Mitchell sendiri memberitahu penerbit filem tersebut agar memilih artis lain yang mempunyai tulang pipi untuk melakokan wataknya dalam filem itu.
"Ya, saya yang tidak membenarkan Taylor Swift memainkan watak saya dalam filem tersebut kerana saya mahu seorang pelakon yang mempunyai tulang pipi di mukannya," ujar Joni Mitchell.
Daripada maklumat terbaharu, sehingga kini belum pasti siapa yang bakal membawakan watak tersebut.
Filem biografi Girl Like Us ini diangkat daripada novel tulisan Sheila Weller yang menulis tentang perjalanan kerjaya beberapa pemuzik legenda Amerika seperti Carole King, Joni Mitchell dan Carly Simon.