Angelina ketika ditemu bual dalam programToday Show menjelaskan biarpun sebelum ini tidak begitu mahir memasak namun dia tidak kekok untuk masuk ke dapur dan mempelajari masakan baharu setiap hari.
"Sejak berkahwin saya sering terfikir bahawa saya perlu menjalankan tugas sebagai isteri iaitu dengan memasak untuk suami dan anak-anak.
"Brad tahu sejauh mana kebolehan saya memasak tetapi dia sering memberi pujian terhadap hidangan yang saya buat," ujarnya.
Dalam pada itu, Angelina memberitahu kehidupannya kini sudah jauh berubah dan mengakui bahagia di samping Brad dan anak-anak.