KUMPULAN K-Pop EXO membawa pulang hadiah utama pada Anugerah Golden Disk iaitu Album Terbaik pada acara yang diadakan di Beijing, China pada Khamis lalu. Korea Herald melaporkan EXO menerima anugerah tersebut buat kali kedua berturut-turut menerusi album terbaharu mereka Overdose. Trofi kemenangan mereka diserahkan oleh aktor terkenal, Jackie Chan pada acara tersebut. Ketua kumpulan EXO, Suho dalam ucapannya memberitahu mereka berasa terharu apabila diberikan trofi berkenaan buat kali kedua dan akan melakukan lebih baik untuk peminat pada masa hadapan. Manakala anggota kumpulan Big Bang, Taeyang membawa pulang trofi menerusi kategori Penjualan Single Digital Terbaik menerusi lagu Eyes, Nose, Lips. Kumpulan Red Velvet pula diumumkan sebagai penerima trofi Artis Baharu Terbaik.