suria

Rita Ora Tidak Akan Tulis Lagu Mengenai Bekas Kekasih

Rita tidak akan menulis lagu mengenai bekas teman lelakinya.

PENYANYI Rito Ora tidak akan menulis lagu mengenai pengalaman pahit bersama bekas teman lelakinya seperti mana sesetengah artis lain lakukan.

Rita dalam satu temubual bersama majalah Female berkata, dia merasakan perkara itu tidak penting selain tidak mahu mengingati kejadian yang telah menjadi sejarah dalam hidupnya.

"Saya rasa ia buang masa dan tidak penting untuk menulis lagu mengenai mereka," katanya.

Rita baharu sahaja berpisah dengan kekasihnya, Calvin Harris dan penyanyi itu telah dilarang untuk mempersembahkan sebarang lagu yang diterbitkan oleh lelaki itu sebelum ini untuknya.

Dalam pada itu, Rita berkata, dia tidak perlu berasa malu dengan kegagalan hubungannya kerana ia adalah satu pembelajaran buatnya di masa hadapan.

Rita Ora, Calvin Harris.

Artikel Berikut

Artikel Lain