PERANG dingin penyanyi terkenal iaitu Katy Perry dan Taylor Swift bukan satu rahsia apabila mereka sering dilihat melemparkan kata-kata sindirin sama ada menerusi temubual atau pun dalam lirik lagu. Malah Taylor menerusi album terbaharunya menyindir Katy dalam salah sebuah lagunya berjudul Bad Blood dan Katy tidak berdiam diri mengenai perkara itu. Penyanyi itu yang mengadakan persembahan pada acara Super Bowl baru-baru ini menampilkan barisan penari mirip dalam klip video lagu Shake It Off nyanyian Taylor. Katy juga dalam temubual bersama majalah Elle secara sarkastik memberitahu Taylor memegang karektor gadis manis dan kata-katanya itu turut dipaparkan pada muka hadapan majalah tersebut. "Sebagai figura pop kita semua mempunyai karektor masing-masing. Taylor adalah gadis manis dan Kanye West adalah tokoh antagonis," katanya.