PIHAK pengurusan Kim Soo Hyun mengesahkan aktor itu belum memutuskan tarikh pendaftaran bagi menyertai latihan kerahan tenaga yang diwajibkan ke atas rakyat Korea Selatan. Key East Entertainment dalam satu kenyataannya menjelaskan buat masa ini Kim Soo Hyun mahu memberi tumpuan terhadap kerjayanya terlebih dahulu. ”Kami belum memutuskan tarikh pendaftaran latihan tentera untuk Kim Soo Hyun sebaliknya dia diberi ruang untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya lakonannya. “Malah dia juga sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lakonan yang diterima. Bagaimamnapun dia memang merancang untuk menyertai latihan itu,” kata jurucakap syarikat pengursannya. Tambah jurucakap berkenaan, satu sidang media akan diadakan sebaik sahaja pihaknya mendapat tarikh pendaftaran untuk aktor itu menyertai program berkenaan. – oh!kpop