suria

Layanan Buruk Bekas Isteri Johnny Depp Terhadap Keluarga

Johnny Depp dengan isteri baharunya iaitu model Amber Heard. FOTO: Mail Online

PERKAHWINAN kedua bintang Johnny Depp dengan model Amber Heard pada Selasa lalu membongkar kisah di sebalik perpisahan aktor itu dengan Vanessa Paradis.

Sumber berkata, Vanessa telah melayan keluarga Johnny dengan buruk.

Salah seorang anggota keluarga Johnny yang bertindak sebagai orang tengah terhadap masalah pasangan itu sebelum ini berkata, Vanessa seorang yang bersifat seperti lalang.

“Ketika di hadaapan Johnny, dia banyak berpura-pura baik tetapi selepas Johnny berlalu pergi, dia akan bertukar menjadi orang lain. Saya benci sikapnya,” kata sumber itu.

Ibu aktor itu tidak pernah merungut mengenai sikap Vanessa sebaliknya bersikap baik terhdap wanita itu.

Hubungan Vanessa dengan Johnny dikatakan menjadi lebih teruk apabila keluarga Vanessa turut  mengambil kesempatan terhadap aktor tersebut.

Johnny Deep

Artikel Lain