suria

Charlie Ebersol Kekasih Baharu Britney Spears

Charlie dan Britney bercinta sejak Oktober tahun lalu.

PENGARAH dan penerbit Charlie Ebersol mengakui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bintang pop, Britney Spears ketika ditemubual secara eksklusif menerusi program Access Hollywood.

Charlie, 33, berkata, Britney adalah seorang wanita yang luar biasa dan dia adalah seorang lelaki bertuah kerana dapat mendampingi wanita itu.

"Saya sangat beruntung kerana Britney adalah seorang mengagumkan. Saya seorang yang bertuah," katanya.

Charlie memberitahu mereka menyembunyikan hubungan tersebut kerana tidak mahu mendapat perhatian daripada media selain inginkan privasi.

"Lebih senang bercinta tanpa menjadi perhatian umum dan kami tenang dalam menjalani kehidupan seharian sebagai sepasang kekasih," ujarnya.

Jelasnya lagi mereka mula bercinta sejak Oktober tahun lalu selepas dua bulan Britney berpisah dengan teman lelakinya, David Lucado.


Britney Spears, Charlie Ebersol.

Artikel Lain