PELAKON filem Notting Hill, Hugh Grant memberitahu dia tidak mempercayai kepada perkahwinan dan lebih selesa untuk menjadi lelaki bujang. Bercakap kepada majalah People, Hugh, 54, berkata, dia tidak mahu berkahwin kerana bimbang rumah tangganya tidak berkekalan. "Sepanjang hidup, saya hanya dapat melihat sekurang-kurangnya lima perkahwinan yang berjaya berkekalan dan selebihnya gagal dipertahankan. "Sebab itu saya tidak percaya kepada perkahwinan dan lebih senang hidup membujang," katanya. Bagaimanapun kata Hugh, itu bukan bererti dia tidak mahu hidup berkeluarga malah menganggap kehadiran tiga cahaya matanya membuatkan hidupnya lebih bermakna. "Tiga anak-anak saya adalah harta paling berharga," katanya yang bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul The Rewrite.