PENYANYI yang terkenal dengan lagu Chandelier, Sia mengakui pernah terlibat dalam pengambilan dadah akibat tidak dapat menerima hakikat kematian teman lelakinya dalam satu kemalangan beberapa tahun lalu. Sia berkata, ketika itu dia berada dalam keadaan tekanan yang amat teruk sehingga turut mengambil alkohol secara berlebihan selain pernah cuba untuk membunuh diri. "Ketika itu keadaan saya amat teruk akibat tekanan dan tidak mampu menerima hakikat tentang kejadian menimpa teman lelaki saya. "Ia antara saat sukar yang pernah saya tempuh dalam hidup," katanya menerusi temubual bersama majalah OK! Bagaimanapun kata Sia, dia bersyukur kerana salah seorang sahabat baiknya telah menyelamatkannya daripada terus hanyut dengan membawanya memasuki pusat pemulihan.