PELAKON Emma Watson tidak gentar dengan ancaman penyebaran gambar-gambar bogel miliknya oleh sebuah lama web penggodam terkenal 4chan. Emma berkata, khabar angina tentang gambar bogelnya akan disebarkan oleh web tersebut adalah tidak benar. “Saya tidak takut tentang perkara itu kerana ianya tidak benar dan saya tahu foto itu tidak ada. Orang yang dekat dengan saya juga tahu tentang hal itu. “Perkara ini terjadi kerana mereka tahu bahawa saya kini giat dalam menjaga hak-hak wanita dan menentang keganasan terhadap kaum wanita,” ujarnya. Bukan sahaja tidak takut, malah Emma berkata perkara tersebut lebih memberi semangat kepadanya untuk terus membela nasib wanita. “Ketika ini wanita mendapat ancaman berbeza-beza. Apa yang saya lalui hanyalah salah satunya. Hal ini membuatkan saya marah dan semakin bersemangat untuk memperjuangkan hak wanita,” katanya.