PASANGAN selebriti yang paling diminati di Hollywood, Emma Stone dan Andrew Garfield dikatakan telah berpisah selepas mereka menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun. Menurut laporan E-Online, pasangan yang pernah membintangi filem ‘The Amazing Spider-Man’ ini mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu kerana sibuk dengan urusan masing-masing. "Perpisahan sementara tersebut diputuskan kerana mereka kini sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa untuk berjumpa dan hubungan mereka dilaporkan masih baik," kata sumber. Emma sering dilihat bersendirian tanpa ditemani Andrew ketika menghadiri majlis seperti Golden Globe, SAG Award dan Oscar. Andrew dan Emma dikatakan sudah tidak pernah berjumpa sejak bulan Januari lalu.