AKTOR Bae Yong Joon dan Park Soo Jin dilaporkan sudah bersedia untuk disatukan sebagai suami-isteri. Agensi artis itu, Key East Entertainment dalam kenyataannya berkata pasangan berkenaan sudah pun selesai melakukan sesi fotografi pra perkahwinan. Tindakan itu menyebabkan tersebarnya gosip kononnya mereka akan berkahwin dalam waktu terdekat. Namun agensi mereka mengatakan pasangan tersebut belum lagi menetapkan tarikh perkahwinan. - Allkpop