E Online melaporkan Jennifer, 43, yang berada di Atlanta, Georgia untuk rakaman filem terbaharunya, Miracles From Heaven masih memakai cincin ketika membeli kopi di sebuah kafe.
Manakala Ben yang pada awalnya tidak lagi memakai cincin ketika membuat pengumuman perceraian mereka kembali menyarung cincin berkenaan ketika membuat kemunculan pada pesta Comic-Con 2015.
Mempunyai tiga orang anak, pasangan itu bersetuju untuk bercerai dalam satu pengumuman pada 30 Jun lalu.