BEKAS anggota kumpulan EXO iaitu Tao telah membuang semua kenalan yang diikutinya menerusi akaun Instagram miliknya. Allkpop melaporkan anggota lain kumpulan itu turut menerima tempias tersebut namun tidak dapat dipastikan punca sebenar tindakan Tao itu. "Tao berhenti daripada mengikuti semua kenalannya di Instagram termasuk anggota EXO dan ia menimbulkan persoalan di kalangan peminat," kata sumber. Bagaimanapun nama Tao menjadi perhatian selepas kedudukannya dalam EXO masih samar selepas dia berhasrat untuk meneruskan projek solonya. Tindakan Tao ingin meninggalkan kumpulan itu dipercayai disebabkan hubungan dinginnya dengan anggota lain EXO.