PENYANYI Justin Bieber meminta maaf kerana tindakannya memuat naik gambar mempamerkan punggungnya di laman sosial Instagram. Bieber berkata, dia telah memadam gambar tersebut selepas diminta oleh salah seorang anak kenalannya yang terganggu dengan gambar tersebut. "Saya memadam gambar itu di Instagram kerana anak seorang kawan saya berasa terganggu dengan gambar itu. Saya tidak pernah memikirkan hal tersebut ketika memuat naik gambar seperti itu," ujarnya menerusi laman Instagram. Dalam kepsyen tersebut juga, Bieber turut meminta maaf kepada pengikut-pengikutnya yang berasa kurang senang dengan gambar tersebut. "Saya memaut naik gambar itu hanya untuk gurauan sahaja dan tidak memikirkan bahawa ramai anak-anak kecil yang mengikut saya di Instagram," katanya. Gambar punggung itu dimuat naik ketika bercuti di Bora Bora, Polinesia Perancis bersama rakan-rakannya baru-baru ini.