KETUA kumpulan Super Junior, Leeteuk berang apabila enjin carian Google menggunakan gambar ketika dia di perkuburan ayahnya sebagai profil peribadi di halaman itu. Menurut Leetuk, perkara tersebut sudah diberitahu kepada pihak Google agar menukar gambar tersebut, namun gambar gantian yang digunakan turut diambil pada upacara pengebumian tersebut. "Google ini sangat keterlaluan, saya banyak bersabar sehingga meminta pihak Google menggantikan foto tersebut, namun mereka menggantikan kepada foto di tempat yang sama. "Adakah anda suka memaparkan foto seseorang yang sedang bersedih, apa beza gambar sebelum ini dengan foto yang anda gantikan sekarang," ujarnya. Setelah menerima rungutan Leeteuk, Google akhirnya kembali menggantikan foto profil ketika promosi bersama kumpulannya Super Junior pada 2010 lalu.