HYUNA antara ahli kumpulan 4Minute yang rajin muncul dengan karya solo buat peminat-peminatnya. Memilih konsep seksi dalam album terbaharunya, A+, Hyuna sudah mula rasa tertekan dan risau dengan penerimaan peminat-peminat tentang imejnya itu. "Sejujurnya, walaupun setuju untuk tampil seksi dalam A+, saya dapat rasa tekanannya, takut jika dikritik. "Tetapi saya ambil pendekatan positif dengan menunjukkan sisi diri saya yang sebenar. "Dan saya akan berbohong jika mengatakan saya tidak suka seksi, sedangkan imej itu adalah diri saya," katanya ketika ditemubua Ilgan Sports.