PENYANYI yang dikenali dengan penampilan unik, Lady Gaga berjaya mencuri tumpuan apabila tampil dengan imej anggun di majlis Anugerah Emmy 2015, pada malam Ahad lalu. Lady Gaga yang digelar sebagai Mother Monster ini mengayakan gaun hitam tanpa sebarang hiasan yang pelik seperti kebiasaan digayakan pada mana-mana majlis anugerah. Penampilan Lady Gaga yang mencuri tumpuan media. Gaun tersebut benar-benar memberi penampilan anggun dan aksesori minima dan solekan tipis. Penyanyi lagu Born This Way ini hanya memakai cincin tunangnya dan sepasang subang berlian. Tidak hairanlah, kemunculannya kali ini benar-benar mencuri perhatian lensa kamera media. Selain itu, Lady Gaga juga dikatakan hadir ke majlis anugerah tersebut berikutan bakal terbabit dalam drama bersiri American Horror Story.