suria

Video Kumpulan 24K Bergaduh Di Kelab Tersebar

Video kononnya kumpulan 24K terlibat dalam pergaduhan tersebar.
PENYEBARAN sebuah video pergaduhan melibatkan kumpulan k-pop di sebuah kelab malam di Seoul, heboh diperkatakan sehingga mengundang pelbagai spekulasi.

Koreaboo melaporkan peminat menunding jari kepada kumpulan 24K terlibat dalam pergaduhan itu dan lebih memburukkan keadaan mereka adalah duta kempen anti keganasan negara tersebut.

Bagaimanapun, pihak pengurusan grup berkenaan, Choeun Entertainment menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan timbul salah faham berhubung penyebaran gambar berkenaan.

Jelas wakil syarikat tersebut, video pergaduhan itu sebenarnya hanya lakonan untuk muzik video terbaharu mereka.

"Penggambaran selesai pada awal September lalu di sebuah kelab di Hongdae dan pihak kami masih lagi melakukan proses suntingan sebelum ia dilancarkan.

"Namun tidak disangka ada pihak tidak bertanggungjawab telah merakam penggambaran itu dan menyebarkan sehingga menimbulkan salah faham," katanya.

Bagaimanapun ada peminat menganggap perkara itu sengaja dilakukan oleh pihak pemasaran dalam mempromosikan lagu terbaharu mereka itu nanti.

24K

Artikel Sebelum

Artikel Lain