Seperti dilaporkan oleh Heat, hubungan cinta pasangan ini sudah pun berakhir.
Menurut sumber, keretakan hubungan itu berpunca daripada perbezaan pendapat tentang masa depan. Robert dikatakan mahu mempunyai anak setelah berkahwin.
Manakala wanita itu masih mahu fokus terhadap kerjaya muziknya yang kini sedang meningkat naik.
"FKA juga beritahu Robert bahawa dia tidak mahu merancang tentang pernikahan kalau mereka sudah tidak bersependapat," ujar sumber.
Sementara itu, sumber turut memberitahu hubungan pasangan itu retak sejak pertengahan Ogos lalu.