NAMA G-Dragon bukan sekadar popular sebagai anggota kumpulan Big Bang, tetapi juga seorang penulis dan komposer ratusan judul lagu. Kerana itu G-Dragon digelar sebagai antara pemuzik terkaya di Korea. Dan hasil kekayaan itu, kekasih Kiko Muzihara itu sedang dalam persiapan untuk membuka kafe pula. Kafe baru G-Dragon yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menurut laporan Kkiljaem, G-Dragon memilih lokasi Pulau Jeju untuk membuka kafenya itu berkonsep mewah dengan pemandangan laut serta dihiasi perabot unik. "Ternyata GD (G-Dragon) bukan sahaja hebat dalam muzik, tetapi juga sebagai usahawan. "Kafe itu akan dilancarkan dalam masa terdekat ini," kata sumber.