Allkpop melaporkan sebahagian daripada jumlah tersebut datang daripada penjualan lima album single mereka iaitu M, A, D dan E iaitu sebanyak AS$5.2 juta (RM21 juta) yang dilancarkan sepanjang tahun ini.
Manakala mereka juga turut mendapat pulangan lumayan menerusi penjualan menerusi digital iaitu AS$4.4 juta (RM18 juta).
Bagaimanapun keuntungan mereka paling banyak diperoleh daripada konsert jelajah dunia sepanjang 2015 iaitu berjumlah AS$118 juta (RM495 juta).
Big Bang dianggotai oleh G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri.