AHLI kumpulan JYJ iaitu Junsu memohon maaf kepada peminat kerana tidak menghadiri acara Anugerah Muzik Seoul kali ke 25 baru-baru ini. Permohonan maaf itu dibuat selepas peminat melahirkan rasa kecewa ekoran Junsu tidak menerima anugerah dimenanginya secara langsung sebaliknya ia dirakamkan terlebih dahulu. Peminat rata-rata memberitahu ingin melihat sendiri Junsu menerima trofi kemenangannya memandangkan mereka berusah payah mengundi artis kesayangan mereka. Pihak pengurusan anugerah berkenaan dalam satu kenyataan menjelaskan mereka berbuat demikian kerana ingin memberi fokus kepada kategori lain yang lebih penting pada malam siaran langsung itu. Dalam pada itu, Junsu menerusi kenyataan di Instagram memberitahu dia kesal tidak dapat menggembirakan hati peminatnya dan terharu dengan sokongan diberikan kepadanya.