SUPERMODEL terkenal Tyra Banks kini bergelar ibu kepada bayi lelaki yang diberi nama York Banks Asla seperti diumumkan menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis. Daily Mail melaporkan Tyra, 42, dan teman lelakinya Erick Asla menggunakan kaedah ibu tumpang selepas beberapa kali percubaan untuk hamil secara semula jadi gagal. "Hadiah terbaik selepas kami berusaha dan berdoa, York berada dihadapan kami. Dia mempunyai jari dan mata bulat seperti saya manakala mewarisi mulut dan dagu bapanya. "Kami berterima kasih dan terhutang budi dengan wanita yang mengandungkannya dan kami turut berdoa untuk sesiapa yang berjuang bagi mendapatkan cahaya mata seperti kami. "York Banks Asla, selamat datang," tulisnya. Tyra, 42, yang bercinta selama dua tahun dengan Eric yang juga seorang jurugambar sebelum ini secara terbuka bercakap mengenai kesukarannya untuk hamil.