PELAKON Jang Geun Suk optimis dapat kembali merancakkan karier seninya selepas namanya tenggelam akibat tuduhan gagal membayar cukai dua tahun lalu. Soompi melaporkan, sempena kedatangan tahun 2016 Geun Suk ingin melupakan kontroversi yang pernah melandanya sebelum ini dan menebus kembali maruahnya yang tercalar sebelum ini. Sebelum ini, Geun Suk dihentam teruk akibat kontroversi berkenaan sehingga kemunculannya dalam program Three Meals a Day dikeluarkan selain tidak lagi mendapat tawaran lakonan. Bagaimanapun, pelakon itu didapati tidak bersalah atas tuduhan gagal membayar cukai sebaliknya syarikat pengurusannya yang melakukan kesalahan tersebut. Dalam pada itu, Geun Suk bakal muncul dalam drama bersiri pertamanya selepas tiga tahun iaitu Daebak dan memberitahu teruja untuk kembali ke set penggambaran.