suria

Kelly Osbourne Diselar Bersikap 'Diva'

Kelly Osbourne dikatakan bersikap diva sepanjang bergelar juri program Australia Got Talent.

PENYANYI dan pengacara Kelly Osbourne dilaporkan bersikap diva sepanjang muncul sebagai juri program Australia Got Talent.

Sikap Kelly, 31, dikatakan membuatkan orang disekelilinginya berasa takut kerana tidak tahu bila dia akan mengamuk apabila tidak puas hati tentang sesuatu perkara.

Malah dia tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik yang disediakan untuknya apabila rakaman berhenti berehat.

"Dia juga akan naik berang jika ada orang yang mengunyah gula-gula getah berdekatannya selain sentiasa memastikan jurumekap berada berdekatannya apabila diperlukan.

"Sikapnya itu membuatkan semua orang berasa takut kerana bimbang akan dimarahi dan pada masa sama mereka berasa jelik dengan sikap Kelly," kata sumber.

Kelly bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain