suria

Jun Ji Hyun Selamat Lahirkan Anak Pertama

AKTRES Jun Ji Hyun dan suaminya Choi Joon Hyuk kini menyambut kelahiran anak pertama mereka pada pagi Rabu.

Bagaimanapun, pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu itu masih merahsiakan jantina bayi pertama mereka.

Sebelum ini, Jun Ji Hyun turut merahsiakan berita tentang kehamilannya sehingga ia dikesan media pada akhir Julai tahun lalu.

Pelakon itu ketika ini dikatakan masih lagi berada di wad bersalin, manakala peminat-peminat tidak sabar menunggu foto pertama anak mereka.

Jun Ji Hyun berkahwin pada tahun 2012 dengan Choi Joon Hyuk yang merupakan seorang pegawai di Bank of America.

Jun JI Hyun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain