Sumber memberitahu bahawa lelaki itu menolak cadangan tersebut atas sebab menjaga hubungannya agar tidak terganggu dengan masalah kerja.
"Lagu baru Calvin sudah siap, namun syarikat rakamannya meminta dia berkolaborasi dengan kekasihnya iaitu Taylor Swift. Bagaimanapun cadangan itu ditolak oleh Calvin," ujar sumber.
Tambah sumber, perkara itu adalah bagi menjaga keutuhan hubungannya dengan Taylor.
Namun, sehingga kini pasangan itu belum memberi sebarang kenyataan tentang khabar angin tersebut.