PENYANYI rap Iron tampil memohon maaf kepada para peminatnya selepas dia ditangkap bersama sembilan individu lain atas kesalahan mengambil dadah jenis marijuana baru-baru ini. Soompi melaporkan Iron atau nama sebenarnya Jung Heon Chul berkata dia bertanggungjawab atas kesalahan dilakukan selain berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. "Saya tiada alasan mengapa melakukan perbuatan tersebut dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan saya dan berharap peminat menerima permohonan maaf saya," katanya menerusi satu temubual singkat bersama media pada Sabtu. Dalam pada itu, Iron turut menyangkal dakwaan kononnya dia mengambil dadah bagi meningkatkan keyakinan diri dan fokus terhadap karier nyanyiannya. Jelasnya, dia mengambil dadah tersebut pada awalnya sekadar untuk mencuba dan sekadar akan kesan terhadap tindakannya itu.