suria

Konflik Hak Cipta Sekat Beast Tinggalkan Cube Entertainment

Kumpulan Beast kini berhadapan dengan konflik hak cipta apabila berhasrat meninggalkan syarikat pengurusan mereka iaitu Cube Entertainment.

BEAST berkemungkinan terpaksa mencari nama lain untuk kumpulan itu sekiranya mereka meninggalkan syarikat pengurusan Cube Entertainment.

Soompi melaporkan, agensi berkenaan tidak membenarkan mereka menggunakan nama tersebut kerana ia telah didaftarkan sebagai hak milik syarikat itu sehingga tahun 2026.

"Sebelum ini Cube Entertainment telah mendaftarkan nama 'Beast' sebagai hak ekskelusif dalam perkara berkaitan muzik, komersial dan persembahan.

"Ia hanya akan tamat pada 2026 dan jika Beast meninggalkan syarikat itu mereka terpaksa menggunakan nama lain.

"Jika mereka ingin kekal dengan nama itu mereka perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu," kata sumber.

Terdahulu, media melaporkan Beast berhasrat untuk menamatkan kontrak bersama agensi itu namun ia masih dalam proses perbincangan.

Isu nama kumpulan itu dikatakan menjadi isu dan mereka masih belum memutuskan sama ada ingin terus bersama Cube Entertainment atau pun tidak.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, sekiranya Beast meninggalkan syarikat itu mereka juga tidak dibenarkan untuk menyanyikan lagu-lagu yang dirakam bersama agensi itu.

"Jika mereka ingin berbuat demikian, Beast perlu membayar royalti kepada Cube Entertainment," kata sumber itu lagi.

Beast, Cube Entertainment

Artikel Lain