BINTANG realiti iaitu Kim Kardashian mengupah tiga anggota polis untuk mengiringinya menghadiri parti hari jadi adiknya yang juga model terkenal, Kendall Jenner pada Rabu lalu. TMZ melaporkan Kim, 36, membayar AS$100 (RM400) sejam sebagai upah bagi memastikan keselamatannya terjamin sepanjang berada di majlis berkenaan. Kim mengupah polis untuk mengiringinya selepas dia dilaporkan memecat pengawal peribadinya, Pascal Duvier yang sebelum ini disebut-sebut mempunyai kaitan dengan kejadian rompakan bersenjata di Paris baru-baru ini. Sejak kejadian itu, Kim trauma dan kini jarang dilihat berada di tempat umum dan hanya menghabiskan masa di rumah.