SYARIKAT pengurusan artis atau agensi YG Entertainment menerusi satu kenyataan mengumumkan kumpulan 2NE1 secara rasmi sudah dibubarkan. Selepas salah seorang anggotanya Minzy keluar pada 5 April lalu, CL dan Sandra pula mahu menyanyi secara solo. Manakala seorang lagi anggota Park Bom memutuskan tidak menyambung kontrak. "Pada Mei 2016, konsert 2NE1 dengan YG sudah berakhir dan Minzy mahu ke agensi pengurusan lain. Kami sudah mebuat perbincangan dan semuanya bersetuju untuk bubar," ujar pihak agensi. Buat masa ini, YG akan memberi perhatian kepada kerjaya solo CL dan Sandra yang baru bermula. "Kami berterima kasih kepada peminat yang banyak menyokong 2NE1. Dua ahli sudah menandatangani kontrak solo dan Park Bom tidak mahu meneruskan kontrak," tambahnya. 2NE1 merupakan kumpulan wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment pada 2009.