suria

Gary (Running Man) Dedah Sudah Berkahwin

Gary mendedahkan dia sudah berkahwin dengan wanita pilihannya di Instagram.

BEKAS peserta program Running Man iaitu Gary mengejutkan peminat apabila membuat pengumuman dia sudah pun berkahwin dengan wanita pilihannya.

Allkpop melaporkan Gary membuat pengumuman itu menerusi Instagram miliknya pada Rabu lalu dengan memuat naik gambar pemandangan langit dengan kapsyen mengatakan dia sudah pun berkahwin.

Penyanyi rap itu juga memberitahu isterinya bukan selebriti sebaliknya golongan biasa.

"Saya berkahwin dengan seorang wanita yang saya cintai. Tiada sebarang majlis perkahwinan dan kami bersatu dengan ungkapan kami sendiri.

"Wanita yang telah memikat hati saya juga bukanlah seorang selebriti," tulisnya.

Dalam pada itu, Gary berkata, dia sedar perkahwinannya itu membuatkan ramai terkejut namun mengharapkan doa daripada peminat untuk kebahagiannya.

"Mungkin ada yang terkejut dengan berita ini tetapi apa yang saya harapkan adalah doa dan restu daripada anda semua.

"Kami akan menjalani kehidupan yang baik dan gembira," katanya lagi.

Sebelum ini, Gary dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan rakan gandingannya dalam Running Man iaitu Song Ji Hyo.

Gary, Running Man

Artikel Sebelum

Artikel Lain