BIARPUN sering tampil dengan imej anggun dan kewanitaan, ahli kumpulan A Pink iaitu Na Eun menerima reaksi negatif apabila muncul dengan pakaian sukan sebagai muka depan majalah. Penyanyi yang lahir pada tahun 1994 itu mendapat perhatian netizen yang menganggap dia tidak sesuai dengan penampilan tersebut. "Dia kelihatan tidak cantik di foto-foto itu. Mungkin baju dan solekan yang membuatnya kurang menarik. "Kenapa perlu menggunakan wajah cantiknya untuk konsep sebegini. Wajah dia hanya untuk kelihatan cantik dengan gaya yang tepat," ujar netizen. Ini merupakan kali pertama Na Eun atau nama sebenarnya Son Na Eun tampil dengan imej gadis sukan.