suria

Rakan Dedah Kai & Krystal Berpisah

Rakan kepada Kai dan Krystal mendedahkan pasangan itu sudah berpisah.

HUBUNGAN cinta di antara penyanyi Krystal daripada kumpulan f(x) dan Kai (EXO) dilaporkan sudah berakhir.

Allkpop melaporkan perkara itu didedahkan sendiri oleh rakan baik pasangan itu yang memberitahu perpisahan berkenaan berlaku kerana kesibukan karier masing-masing.

"Benar mereka sudah berpisah kerana tiada masa untuk menjayakan hubungan itu memandangkan aktiviti seni yang padat.

"Mereka memang jarang berjumpa dan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada karier seni masing-masing.

"Bagaimanapun tidak tahu pula jika ada sebab lain disebalik perpisahan itu," katanya.

Pasangan itu mengaku menjalinkan hubungan cinta pada tahun lalu selepas ia dihidu peminat.

Pihak pengurusan Krystal dan Kai iaitu SM Entertainment masih belum membuka mulut mengenai berita perpisahan itu.

Kai EXO, Krystal f(x)

Artikel Lain