Mula menjalin hubungan cinta sejak 2011, hubungan Ryan dan Eva mampu membuatkan ramai orang cemburu.
Malah kebahagiaan mereka semakin bertambah sejak kehadiran seorang cahaya mata comel perempuan bernama Esmeralda.
Sekeping gambar yang dirakam paparazi saat bintang La La Land ini dilihat gagah menyerlahkan pesonanya sebagai hot daddy di satu lokasi di Los Angeles mula menjadi bualan ramai.
Kata salah seorang peminat, Ryan nampak begitu seksi mengenakan baju-T hitam dan berseluar jeans dengan gaya bersahaja mendukung Esmeralda.
Dikatakan sekiranya aktor itu tidak sibuk dengan aktiviti penggambaran, Ryan selalu kelihatan meluangkan masa bersama puterinya itu berjalan-jalan santai di sekitar kediamannya.
Apa-apa pun selain Ryan, beberapa lagi selebriti Hollywood yang pernah digelar Hot Daddy antaranya David Beckham dan Channing Tatum sehingga kini masih mambuatkan ramai wanita di Hollywood terpesona dan jatuh hati... tapi malangnya, perasaan itu hanya mampu dipendam.