suria

Angelina Jolie Hadapi Masalah Kewangan Selepas Bercerai

PERCERAIAN dengan pelakon Brad Pitt dikhabarkan memberi pengaruh besar dalam kehidupan aktres Angelina Jolie.

Selain terpaksa membesarkan enam orang anaknya sendiri, pelakon itu dikatakan sedang mengalami masalah kewangan.

Seperti dipetik Aceshowbiz, Angelina ingin kembali aktif dalam bidang lakonan.

Menurut sumber, dia juga menyesal telah menolak tawaran filem Murder on the Orient Expres.

"Dia mengeluarkan banyak wang untuk membiayai proses perceraiannya dan dia juga tidak banyak simpanan menerusi pendapatanya sebagai pengarah. Jadi dia ingin kembali menjadi pelakon sebelum tawaran semakin berkurangan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Angelina Jolie baharu sahaja selesai dengan projek Netflix bertajuk First They Killed My Father: A Daughter of Cambodia Remembers.

Menerusi filem ini, dia bukan sahaja sebagai seoran pengarah, malah penulis skrip untuk naskhah tersebut.

Angelina Jolie

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan