suria

Beyonce Namakan Bayi Kembar Sempena Penyair Islam

Dilaporkan juga Beyonce sebenarnya sudahpun melahirkan bayi kembarnya pada 17 Jun lalu dengan kelahiran pramatang.

BERITA kehamilan Beyonce yang diumum diva ini di laman Instagramnya pada Febuari lalu cukup menggembirakan hati peminat-peminat tegarnya.

Malah pada ketika itu turut heboh diperkatakan figura tersohor ini bakal mendapat sepasang  anak kembar sehingga status jantina anak tersebut pun diperdebat di media-media massa.

Terbaru yang menarik perhatian umum ialah mengenai nama yang diberikan Jay Z dan Beyonce untuk kedua anak kembarnya ini.

Dilapor dari E! News pada Sabtu (1/7/2017), dua bintang popular ini mula mendaftar dokumen hak seperti yang pernah dilakukan pada Blue Ivy, lima tahun lalu.

Menerusi dokumen tersebut, dikatakan nama kedua-dua bayi Beyonce adalah Rumi Carter dan Sir Carter.

Nama tersebut jelas terlihat bahawa Beyonce dan Jay Z terinspirasi dari nama penyair Islam dari abad ke-13, Jalaluddin Rumi. Malah sejumlah media yang melaporkan berita ini turut sependapat dengan perkara tersebut.

Dilihat dari nama itu, Sir dan Rumi adalah nama yang seharusnya diberikan kepada anak lelaki. Namun hingga kini, belum ada kenyataan rasmi mengenai jantina dua bayi Beyonce ini.

Tidak kurang ada yang mengatakan pasangan ini akan menggunakan nama anak kembar mereka ini untuk kepentingan perniagaan yang akan diusahakan nanti. Oleh sebab itu nama tersebut didaftarkan dalam dokumen hak itu.

Dalam pada itu, Beyonce dikhabarkan telah melahirkan anak kembarnya itu pada 17 Jun lalu ketika usia kandungannya pramatang, namun ibu dan bayi dalam keadaan baik-baik sahaja.

Beyonce

Artikel Lain