SETELAH suaminya Rene Angelil meninggal dunia pada Januari 2016, penyanyi bersuara lunak, Celine Dion kini dikhabarkan bercinta dengan seorang penari latar. Betul ke? Seperti dilapor Just Jared, Celine Dion mengenali lelaki yang bernama Pepe Munoz itu dari seorang rakannya yang menetap di Las Vegas. Persahabatan antara mereka mula berlanjutan apabila Pape Munoz dipilih menjadi penari latar untuk penyanyi lagu I Surrender itu bersempena Kempen Pelancongan Musim Panas Antarabangsa Bersama Celine Dion. Daripada bersahabat, khabarnya hubungan itu kini bertukar menjadi cinta dan aksi mesra bersama kerap kali tertangkap paparazzi ketika mereka sedang bersiar-siar di Paris, Perancis. Keintiman antara Celine dan Pepe mengundang pertanyaan peminat adakah benar mereka kini dilamun cinta? Khabar mengenai percintaan mereka terus bertiup kencang apabila sekeping gambar menunjukkan Celine Dion mesra memaut lengan Pepe Munoz sambil berjalan. Pun begitu, ada sumber membantah dakwaan kononnya pasangan ini sedang dilamun cinta. "Hubungan mereka memang nampak mesra dan intim tetapi tidak sampai bercinta," ujar sumber terdekat Celine Dion kepada TMZ. Sumber tersebut turut menjelaskan kenapa paangan itu dilihat mesra dan kerap berjalan berdua. "Selain bergelar penari latar, Pepe Munoz turut mempunyai pekerjaan sampingan sebagai ilustrator fesyen dan mereka berkongsi citarasa yang sama tentang fesyen," katanya.