suria

Ryan Reynolds Tayang Otot Badan

Ryan Reynolds bakal tampil dengan filem Dead Pool 2 tidak lama lagi.

SEMENJAK kembali berbadan sasa nampaknya, bukan main lagi pelakon Ryan Reynolds menayang badannya di Instagram.

Ramai pengikutnya terutama wanita memuji bentuk badan Ryan yang kelihatan segak meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun.

Malah Ryan turut berkongsi gambarnya yang menghiasi majalah Men's Health yang menampilkannya sebagai wajah muka depan.

"Masih banyak lagi kerja perlu dilakukan. Adakah anda bersedia untuk Dead Pool 2?," tulisnya.

Dalam pada itu, Ryan gigih membina ototnya bagi menjalani filem Dead Pool 2 dan ia dijangka berada di pawagam pada 1 Jun tahun hadapan.

Ryan Reynolds, Dead Pool 2

Artikel Lain